Kidario_ H² ©

Student Assessment Centre (SAC) JPA 2014
Tuesday, April 22, 2014 . 0 Maruko .
Tepat seminggu lepas , 14 April dapat tawaran menghadiri Hari SAC JPA , Program Kejuruteraan Jerman , Perancis , Jepun dan Korea. Kenapa tak panggil interview? Sebab mmg SAC ni tak macam interview , kalau interview selalunya sorang2.Ini dalam group , lebih kurang 8 orang. Jadi panel penemuduga menilai kita dalam kumpulan. Aku kena dekat INTAN , Sungai Petani. Pukul 2 ptg , kelompok 2 (tah kelompok2 ni aku tak berapa faham doe). 


Aku pukul 10:30 pg dah keluar rumah , ada hal sikit.haha. Sampai kat INTAN tu lebih kurang pukul 12 tgh hari la. Solat Zuhur apa semua and tggu budak2 yg kena SAC waktu pg habis dulu... 1:50 ptg tu aku p daftar , time tu mmg dah start ketaq dah.. tengok muka semua konfiden jaaa.haha. Waktu daftar tu , aku dapat tag no 15 , semua org kena pakai tag tu sampai habis sesi SAC. Kumpulan aku start dari no 13 sampai 20 , tak silap la. Laki 3 org , perempuan 5 org. 3 chinese 5 melayu. Sebelum kami dipanggil masuk dalam bilik temu duga , kami 8 org duduk dekat seat d luar tu dulu . K sesi sembang menyembang , sesi kenal mengenal antara satu sama lain. Satg kan nak masuk dalam group , at least kena la tau nama doee.Aku pulak pernah kawan dengan indian ja dulu , chinese tak pernah lagi(tak pernah satu sekolah dgn chinese). So mmg aku ambik peluang sembang kencang dgn chinese sorang ni , dulu dia budak SMJ , dekat sgt dgn skolah aku.haha.Sporting tahap....... Group aku yg sorang lg chinese waktu tu pakai baju PLKN(siri 2 la tu) , aku igt nama dia , Poh.hehe.Ada la lg 2 org prempuan aku sembang , dua2 org Baling. Budak2 laki sembang sama depa la kat sebelah tu.


Then kami kena panggil masuk bilik temu duga. First kami kena sesi dalam BI , dapat tajuk multi racial.Dalam bilik tu pulak , 8 org kami pecah duduk 4 org .Kiranya ada 2 group la dalam tu. Ada 2 interviewer , dua2 laki. Kami diberi masa 20 minit buat perbincangan , ikut la nak cakap apa pun , ikut kreativiti sendiri. Dah habis 20 minit , satu group dberi masa 10 minit nak present. Kami semua duduk ja sambil bercakap. Waktu tu aku mmg kaget la , first session dah kena dalam BI , hah mmg aku gabra sekotak/// Tp watlekwatpis sudah..jgn tunjuk sgt ketaq , nanti habis 'jam' laaa.

K dah habis sesi pertama , sesi kedua pulak , kena jawab soalan math , lebih kurang IQ Test la jugak. Sama mcm tadi , kami berpecah kpd 2 kumpulan , 4 org jugak. Tp ahli kumpulan tak sama mcm tadi , random lg skali. Soalan kami dapat 3 , easy , medium , hard. Sesi ni dalam BM , soalan pun dalam BM... Maka setiap satu soalan kami bincang la dalam kumpulan , tak silap aku 10 minit perbincangan 5 minit present.. Waktu nak present tu sepatutnya hantar wakil sorang setiap kumpulan , tp kami 8 orang semua bangun time kena present..hehe... takpa interviewer bagi ja.. Ohh interviewer kali  ni 2 org , srg laki srg perempuan. Ok soalan first yg kami kena bunyi begini..jeng3.......
"Ada enam angka 1 , dan ada satu operasi tambah(+) , anda dikehendaki menggunakan enam angka 1 dan operasi (+) untuk menjadikan hasil sebanyak 123....." Ini yg easy punya la.. yg lain aku tak ingat sgt...jadi perahla otak anda sebaik yg mungkin..

Sesi last pulak , yg ke-3.Sesi DEBAT! nahhhhhhh... macam tadi jugak , interviewer 2 org .sorang laki sorang perempuan ,  pencadang 4 org , pembangkang 4 org , dipilih secara random. So ketiga-tiga sesi ni ahli kumpulan lain2 yiaaaaaa. Tajuk kami dapat , "PRESTASI AKADEMIK pelajar IPTA lebih baik berbanding pelajar IPTS." K aku dah capslock kat prestasi pelajar tu..... haaaaa pandai2 la pikir sbb jangan misunderstood , cakap pasal pelajar IPTA IPTS padahal nak PRESTASI PELAJAR k.. berserta bukti sekali. 

K jadi semua tiga sesi , satu sesi sejam.Overall 3 jam SAC JPA ni.. 2 sesi dalam BM , 1 sesi dalam BI. So sebelum hampa hadir SAC ni , mmg kena ada banyak pengetahuan am.. sangat banyak,,,nanti sng nak menyampaikan hujah masing2...kalau tiba2 hujah hampa tersama dgn org lain.. elaborate la lagi.. thats why aku cakap mmg kena banyak pengetahuan am.. Semua interviewer pulak jenis sporting... so konklusinya kat sini , SAC ni mcm santai sikit , dah semua dalam kumpulan.Aku pulak first time pi interview(k walaupun ni SAC) ,, aku pun ada masalah ketaq , gabra sekotak.. tp waktu SAC ni mmg tak ketaq langsung,, dalam kumpulan kan... siap gelak lg waktu sesi kedua tu.hahaha. Jadi aku nak tekankan sekali lagi , SAC ni mmg menguji tahap pengetahuan am anda , selain beberapa lagi kriteria2 lain.....

Sebelum aku p SAC tu mmg aku ada baca blog senior2 tahun lepas yg p interview JPA 4 negara ni..tahun 2012 lain sikit , tahun 2013 lain sikit...tahun 2014 pun lain..so aku rasa 2015 pun lain..soalan2 pun lain tiap2 tahun , takkan sama...... So be prepared sajaa

Dapat tak dapat tu Allah yg tentukan , doa usaha dan tawakal. Tu paling penting


Thanks for reading :)




. Newer Post